Sunday, August 2, 2009

Training Affiliate : Pengiklanan Berbayar hasilkan pulangan lumayan

DAFTAR AFFILIATES di PANDUAN AFD
Salam hormat;
Pada post kali ini RK nak berkongsikan salah satu teknik killer promote produk affiliate.

PENGIKLANAN BERBAYAR

Ya, pengiklanan berbayar. Saya, jamin, pasti meletup.
Saya cadangkan, gunakan iklan kos rendah terlebih dahulu.

Sebelum berkongsikan teknik pengiklanan berbayar yang berkesan, izinkan saya bercerita terlebih dahulu.
 Cerita ini baru berlaku minggu lepas.
Dengan kos RM150, saya berjaya menghasilkan jualan RM420. Keuntungannya, ialah, RM170. lebih daripada 100% keuntungan. Itupun, tak buat apa sangat. Iklan dan tinggal. Yang lain automatik.

RM150 itu, saya gunakan untuk beriklan 'Text Ads" di harakahdaily.net .
Berbaloi wa cakap sama lu.

Selain harakahdaily, pengiklanan berformat yang sama juga ada di berita harian online. Cubalah.
Namun, lambakan iklan boleh membuatkan anda rugi. Iklan anda tidak langsung menghasilkan jualan.
Jangan kecewa, saya akan kongsikan sedikit tips dan trik yang berkaitan dengan iklan teks.
Baik, berikut saya sediakan beberapa tips untuk mengoptimisasikan iklan anda. Khusus pengiklanan kos rendah, iaitu pengiklanan teks.


1. Gunakan pembuka dan penutup kurungan.
Contoh iklan biasa : Dapatkan panduan AFD.
Contoh iklan yag dioptimisasikan dengan kurungan. [TERHAD] Dapatkan panduan AFD

2. Gunakan ayat pertanyaan.
Contoh: Kenapa panduan AFD memberikan saya pulangan yang hebat?

3. Ayat tindakan.
Contoh : Panduan AFD telah dilancarkan. BELI SEKARANG

4. Elakkan menggunakan semua huruf besar atau semua huruf kecil. Gunakan huruf besar untuk perkataan yang menarik perhatian
Contoh: Panduan AFD kini bukan PERCUMA

5. Nombor pada iklan.
Contoh : Pendapatan dari panduan AFD hari ini, USD2089.11 atau 3 langkah menghasilkan duit adsense dengan panduan AFD

6. Gunakan nama.
Contoh: Muhammad Abdul Azim bin Hj Kasim menjana $10 sehari ketika beliau tidur

7. elakkan ayat, "too good to be true"

Saya rasa itu sahaja daripada saya. Banyak lagi sebenarnya. Apa yang penting ialah, anda kena BERTINDAK. Jangan dok mengkaji sahaja. Mula BERTINDAK hari ini juga.

Jika anda ingin kongsikan teknik dan idea anda, jemputlah berbuat demikian dengan mengirim komen di bawah

3 comments:

ummu_abdullah said...

Camne kalau x berani nak iklankan kat tempat berbayar yang mahal2? ehhe...

RK said...

Ummu Abdullah;
Kalau tak nak buat kat pengiklanan berbayar. Boleh consider tempat pengiklanan percuma.

Banyak di internet ni

Unknown said...

Assalamualaikum boleh saya dapatkan tunjuk ajar dari tuan tentang bisnes ini?